Mengapa Pentingnya Minisite & Landing Page?

Selama saya berkecimpung di dalam perniagaan internet sejak 5 tahun yang lalu, minisite dan landing page ialah 2 benda yang selalu saya gunakan untuk tujuan promosi produk sendiri atau produk affiliate. Semua internet marketer tahu akan kepentingan kedua-dua benda ini kerana tanpa minisite dan landing page tidak mungkin lahir begitu ramai internet marketer yang berjaya pada hari ini.

Mengapa minisite dan landing page amat penting di dalam pemasaran internet? Sebabnya ialah minisite dan landing page adalah satu medium perantara bagi anda dan pelawat laman web untuk anda menyampaikan sesuatu maklumat kepada mereka. Minisite ditulis dalam bentuk surat jualan dan tujuannya adalah untuk menyampaikan informasi produk anda kepada pelawat web anda.

Landing page pula ditulis dalam bentuk surat jualan yang pendek dan bertujuan untuk mengutip nama dan email pelawat untuk tujuan mengumpul senarai email. Landing page juga digunakan untuk tujuan mempromosikan produk affiliate kepada senarai email. Kedua-dua minisite dan landing page memiliki tujuan asas yang sama iaitu untuk menghasilkan “jualan”. Sebab itulah mengapa kedua-dua benda ini penting.

Adakah mudah membina minisite dan landing page? Jawapanya ya dan tidak. Kenapa? Sebab bagi mereka yang tahu menggunakan HTML Editor seperti MS Frontpage dan KompoZer membina minisite memang mudah. Tetapi bagi newbie yang kurang pengetahuan dalam HTML, mereka perlu belajar menggunakan HTML Editor ini dan perlu mengorbankan masa beberapa jam setiap hari sebelum betul-betul mahir menggunakannya. Tetapi kenyataannya, tidak ramai yang sanggup belajar sendiri atas alasan sibuk dan penat setiap hari. Akhirnya bila tidak tahu membina minisite dan landing page, inilah sebab utama mengapa newbie berputus asa.

Ada ramai juga yang sanggup membelanjakan wang untuk menyertai bengkel-bengkel minisite bagi mengasah pengetahuan mereka dalam membina minisite. Tetapi adakah semua orang mampu menyertai bengkel dan kursus tersebut? Tentunya tidak bukan?

Saya faham masalah newbie ini kerana selama 5 tahun dalam perniagaan internet saya telah membantu memberikan support teknikal kepada ramai orang mengenai pembinaan minisite, pemasangan borang order, landing page, dan macam-macam lagi berkaitan dengan hal-hal teknikal minisite. Atas kesedaran inilah saya mengambil keputusan membina perisian Sales Letter Creator dan Landing Page Creator yang dipakejkan di dalam Pakej Software Newbie untuk membantu newbie (dan yang dah mahir) mempercepatkan kerja-kerja rutin membina minisite dan landing page yang “simple” dengan cepat. Hanya beberapa klik dan siap!

Dengan adanya Pakej Software Newbie bukan sahaja perisian Sales Letter Creator dan Landing Page Creator yang ada dalam pakej ini, malah Order Form Creator dan Contact Form Creator juga disediakan. Harga yang ditawarkan juga amatlah mampu milik Cuma RM30 sahaja. Lihat informasi lanjut mengenai perisian ini di http://www.pakejsoftwarenewbie.com

Jika Pakej Software Newbie dapat mempercepatkan kerja-kerja pembinaan minisite dan landing page, maka kuranglah beban para newbie untuk memulakan perniagaan internet. Dan paling penting ialah ramai newbie yang hampir berputus asa dalam perniagaan internet akan mendapat nafas baru dalam usaha mereka. Bagi saya jika ada alat yang mampu untuk memudahkan kerja mengapa tidak gunakannya demi menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti?

Sekian…
Artikel ditulis oleh:
Bearnerd Bondly (Usahawan Internet & Programmer)

Bookmark and Share


This entry was posted on Wednesday, August 18th, 2010 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Mengapa Pentingnya Minisite & Landing Page?”

  1. Amry on August 19th, 2010 at 3:06 pm

    Sangat setuju dengan saudara…. Landing Page amat penting untuk menarik prospek.
    Saya baru belajar cara membuat Lnading Page, masih banyak yang perlu belajar. Err..tapi Landing Pge dan minisite tu bukan perkara yang sama ker?

  2. zakie on August 20th, 2010 at 1:52 am

    Saya nak tanye, samada “Pakej software newbies” ATAU “mininiaga” yang lebih mudah?? Atau adakah kedua-duanya sama saja dari segi cepat siap & semua tersedia?

    Saya cuma tahu pasal “mininiaga” semua dah ada dalam tu. Cuma tulis surat jualan, letak gambar, banner, itu saje. Borang order, invois semua dah ade. Sama kah macam “Pakej software newbies” anda?

  3. jkk on August 23rd, 2010 at 4:59 pm

    produk yang sangat bagus untuk newbie..congrats bearnerd..

  4. sham @ edymart on August 26th, 2010 at 1:00 pm

    Landing page dan contact form memang amat penting untuk newbies, lagi-lagi bagi mereka yang baru nak berkecimpung dalam perniagaan internet…

  5. Angah on August 28th, 2010 at 3:37 pm

    sapa newbie tu?adakah org seperti saya yg baru nak mencuba2 bidang perniagaan internet ni.

  6. traveler blogger on August 28th, 2010 at 10:42 pm

    emm..landing page memang penting. Kalau ayat-ayat pun mantap. Sure ada sales yang convert.

  7. Bearnerd on August 29th, 2010 at 6:21 am

    @Amry : Minisite dan landing page tu sama dari segi design layout je. Tapi dari segi tujuannya berbeza. Minisite untuk promosi produk dan dapatkan jualan. Landing page a.k.a squeez page biasanya untuk “capture” email subscriber. Affiliate ramai gunakan landing page.

    @Zakie : Pakej Software Newbie tidak lah sehebat mininiaga. Dari segi kegunaan dan tujuan memang untuk memudahkan dan cepat siap. PSN tu cuma untuk percepatkan proses bina sales letter, order form, landing page, dan contact form.

    @Sham : Betul tu, gunakan lah tool yang ada untuk menjimatkan masa ;)

    @Angah : Newbie tu ialah mereka yang baru nak mula dalam perniagaan internet DAN tak tahu bina sistem minisite untuk menjual produk. Kalau dah tahu buat minisite sendiri, tu dah kira newbie yang advance ;)

  8. Amry on August 31st, 2010 at 4:27 am

    oooo…..baru saya faham minisite and landing page, hehehe…..ilmu baru ilmu baru…hehehe…newbie la katakan…. :)

  9. kamarul on October 14th, 2010 at 6:14 pm

    Saudara bearnerd, saya tau kepentingan minisite dan landing page. Cuma tak tau nak letakkan ayat-ayat dlm tu. Sbb tu skrg saya buat program affiliate saya guna landing page yang sedia ada je. Tp tak berkesan langsung. Hrp saudara dpt beri penjelasan skit.

    terima kasih.

  10. Bearnerd on October 16th, 2010 at 1:04 pm

    Kamarul, menulis surat jualan tu perlu latihan dan kajian sikit. Cara paling mudah untuk belajar ialah lihat cara IM lain menulis surat jualan. Format font seperti saiz, warna, dan sebagainya perlu dipelajari sebab seni penulisan surat jualan penting untuk memastikan conversion rate.

  11. Haneef on November 2nd, 2010 at 3:00 am

    minisite dan landing page tersangat2 penting tetapi yg lebih penting ialah memasarkan landing site itu sendiri.

Leave a Reply