Memiliki Pekerja Maya Secara Percuma!

Tahukah anda bahawa anda boleh memiliki sekumpulan pekerja maya yang boleh membantu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan di internet dengan mudah, cepat dan berkesan?

Apa yang anda perlukan hanyalah satu bentuk “system” pengurusan yang dikenali sebagai system affiliate untuk mengurus, memantau serta merekod aktiviti pekerja – pekerja maya ini melakukan pemasaran buat anda.

Yang sebenarnya, pekerja maya ini adalah dikenali sebagai “agen affiliate”. Mereka ini akan dibayar “gajinya” hanya apabila mereka berjaya menghasilkan jualan terhadap produk yang dipasarkan.

Senang cerita, mereka diberikan “komisyen” untuk usaha promosi dan jualan yang mereka lakukan. Anda boleh memiliki pekerja ini secara percuma dengan menawarkan peluang “bekerja” atau “joint venture” kepada kenalan – kenalan online anda.

Katakan produk anda bernilai RM50.00, maka anda bolehlah menawarkan komisyen berdasarkan jumlah keuntungan anda kepada agen affiliate ini.

Sebagai contoh produk anda adalah kasut. Harga jualan yang anda tawarkan adalah RM50.00 manakala harga kos produk yang anda perolehi adalah RM20.00.

Ini bererti anda mendapat keuntungan RM30.00 untuk setiap jualan. Anda boleh tawarkan komisyen kepada agen affiliate berdasarkan keuntungan anda. Sebagai contoh anda tawarkan 40% komisyen untuk setiap jualan.

Maka agen affiliate akan menerima 40% x RM30.00 = RM12.00 komisyen dan anda pula menerima RM18.00 keuntungan bersih tanpa melakukan sebarang kerja promosi!

Secara tidak langsung, anda membuka peluang pengguna internet untuk menjana pendapatan menerusi tawaran program affiliate yang anda buka. Mereka yang berminat untuk menjana pendapatan ini, akan mendaftar sebagai agen affiliate anda dan secara tidak langsung menjadi “pekerja” online anda.

Inilah kehebatan menggunakan system affiliate ke dalam laman web jualan anda. Jika anda belum mengaplikasikan system ini, maka segeralah bertindak dan anda akan dapati hasil jualan dan keuntungan anda pasti akan meningkat.

Jika anda memerlukan cara bagaimana untuk mengaplikasikan system affiliate, layari ke: www.wangcyber.com/SA

Bookmark and Share


This entry was posted on Saturday, March 7th, 2009 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Memiliki Pekerja Maya Secara Percuma!”

  1. Zairi Zaidi on March 9th, 2009 at 1:11 am

    Memang bagus…
    Sistem affiliate dalam panduan tu free ke????

  2. jai@jaigoku on March 9th, 2009 at 2:30 pm

    Bagus tu Zairi, saya recommend… tapi kenalah bayar… hehehe.. Sistem tu aje yang percuma… :)

  3. zienil on March 16th, 2009 at 4:03 am

    Pada pgetahuan saya..smua biz perlukan modal.. Xde biz kat dunia nie x prlukan modal.. So just jgn nak mengharap masuk ari nie.. esok trus berhasil.. Huhuhu..
    Bukan senag nak jd senang..dan bukan susuah nak jadi susah.. :)

  4. eyeman on March 20th, 2009 at 4:01 pm

    ehm..so. try ajela.. :)

  5. ijamidayu on March 21st, 2009 at 3:53 am

    Salam..

    Nie namanya, give and take.. Thanks.. Nie la namanya, kita berkongsi pendapatan bersama..

  6. pedagangIT on March 21st, 2009 at 9:32 am

    memang power bila dah tau ….macam mana nak gerakkan network .. bro

  7. ahfizfazi on March 23rd, 2009 at 7:02 am

    salam
    dulu saya ada beli ebook Pakej Web Jualan Evolusi (sdr amirol)
    dalam ebook tu ada cite sikit pasal nak setup sistem affiliate
    caranya sama tak ngan ebook SA ni?

  8. Anwar Yassin on March 30th, 2009 at 2:54 pm

    Sebagai tambahan atau mungkin juga cadangan kepada mereka yang ingin merekrut affiliate bagi program mereka. Jika saya buat dalam bentuk cerita mungkin lebih senang…

    Si A menjual produk Z yang berharga RM50 dan mempunyai program affiliate. Setiap ahli dibayar komisyen 75% daripada jualannya. Maka setiap rakan affiliate mendapat RM37.50 sebagai komisyen daripada jualan. Bermakna si A akan mendapat keuntungan sebanyak RM12.50.

    Si B menjual produk yang sama yang juga berharga RM50 dan mempunyai program affiliate. Setiap ahli dibayar komisyen 50% daripada jualannya. Maka setiap rakan affiliate mendapat RM25.00 sebagai komisyen daripada jualan. Bermakna si B akan mendapat keuntungan sebanyak RM25.00.

    * Dalam kes diatas, anggap produk kedua-duanya TIP TOP dari segala sudut. Yang berbeza cuma dari segi komisyen yang diberikan.

    Persoalannya…

    1. Program Affiliate mana yang akan disertai lebih ramai rakan affiliate ?
    2. Program Affiliate mana yang dapat bertahan lebih lama ?

    Saya rasa anda tahu jawapannya.. :)

  9. pencarimaklumat_2020 on April 6th, 2009 at 3:16 pm

    hm, saya rasa sape yang berminat ngan sistem affiliate ni boleh beli ebook saudara amirol & nayan iaitu panduan pemasangan sistem affiliate. kalau tak silap saya harganya rm 35.. bagus gak buku ni….

  10. cyborg1511 on April 16th, 2009 at 6:51 pm

    dalam konsep marketing, apa yang perlukan di tekan adalah kepusan pelangan, maka ebook yang ditawarkan atau yg dihasilkan itu mestilah memenuhi apa yang diinginkan oleh pelangan. menjana pendapatan melalui affiliate adalah lebih mudah dan menguntungkan jika produk itu berkualiti,, :)

  11. hanie on May 20th, 2009 at 3:38 am

    asskum bos,saya minat nak bisnes di internet,tapi mulanya…

  12. eshanne on June 9th, 2009 at 1:46 am

    Sistem affiliate adalah sistem yang canggih.. Tidak hairanlah yang ianya boleh mendapatkan keuntungan yang besar jika tau caranya..

    Sistem affiliate adalah sebuah sistem yang sama levelnya dengan MLM tapi ianya berbentuk lain, sistem internet!

    MLM memerlukan tenaga yang besar yang kuat dan bercakap pun kena tapis2 .. Tapi menggunakan sistem affiliate ini, anda tak perlu bercakap, tak perlu table talk, tak perlu memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan pelanggan atau pun agen2 yang anda kendaki..

    Saya cuma nak terapkan disini.. kepada semua agen2 atau pun yang pernah bekerja dengan mana2 syarikat MLM, abaikan saja kejatuhan menimpa kita, pengalaman datang berguni guni, abaikan nasihat yang tak baik asalkan kita percaya pada diri sendiri..

    Percaya atau tidak sistem affiliate ini jugalah yang membuat mereka2 mendapat keuntungan yang besar..

    Terima kasih kepada blogger yang selama ini membantu saya dari segala segi aspek dan segala tentang dunia marketing, mulai dari saat ini saya akan cuba untuk bangun kembali, memberikan sesuatu yang boleh mendapat / mengaut keuntungan dari sumber2 yang boleh dipercayai..

  13. Amin Johar aka AJ on June 24th, 2009 at 3:30 pm

    AJ dalam projek menghasilkan Web minisite Advance + Affiliate.. Nantikan kemunculannya :-)

Leave a Reply