Masalah Utama Peniaga E-bay
Perniagaan di Ebay adalah perniagaan yang begitu besar. Cuba anda bayangkan anda mendapat peluang sama rata untuk mampamerkan barangan anda di dalam sebuah tempat membeli-belah terbesar di dunia.
Masaalah paling nyata untuk memulakan perniagaan di Ebay ialah untuk mendapatkan barangan atau stock untuk dijual. Masaalah ini adalah salah satu punca kenapa ramai yang gagal di E-bay. Sekiranya masaalah mendapatkan barangan(stok) untuk dijual ini selesai, maka boleh dikatakan 90% masaalah anda telah selesai untuk menjadi penjual Ebay yang berjaya. Ada dua kategori barangan jualan yang boleh membuatkan anda tersenyum dan mendapat pulangan setiap bulan:
-
Barangan yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Di Ebay, hampir kesemua barangan dapat di jual. Oleh itu terdapat semua jenis pembeli yang mencari barangan di Ebay. Oleh itu sekiranya anda dapat menawarkan sesuatu barangan yang harga nya sangat murah berbanding harga pasaran anda pasti akan berjaya, walaupun barangan tersebut anda fikirkan tidak mempunyai potensi di Ebay.
-
Barangan yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Untuk kategori ini anda tidak perlu mendapatkan stok pada harga yang terlalu rendah dari harga pasaran, apa yang perlu anda dapatan, cukuplah membeli barangan tersebut pada harga borong (10-20%) lebih murah.
Saya mempunyai bebrapa contoh dalam kedua-dua kes. Untuk kes pertama , sekiranya anda boleh mendapatkan stok beg tangan yang dibuat daripada kain (handcraft), mungkin apa yang anda dapat lihat di Ebay, agak sukar untuk bersaing dengan beg tangan-beg tangan berjenama terkenal. Namun, sekiranya harga yang anda tawarkan sangat menarik, pasti ramai pembeli yang bakal membelinya dari anda. Rahsia untuk item-item jenis ini, anda harus mengambil sedikit risiko dengan membuat listing secara kerap dan banyak. Namun, anda harus lakukan pengiraan adakah keuntungan anda dapat menutupi listing fee.
Untuk kes yang kedua, anda harus tahu apakah barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi, sebagai contoh, I-phone, PS3 dan barangan elektronik adalah yang mempunyai permintaan yang snagat tinggi. Walaupun anda hanya boeh mendapatkan harga yang sedikit rendah dari harga pasaran, jangan anda khuatir, kerana pasti ada pembeli yang akan bid barangan anda pada harga yang anda tetapkan.
Di Ebay tidak ada masaalah kekurangan skill pemasaran kerana anda akan bersaing secara sama-rata dengan mana-mana penjual Ebay. Anda tidak memerlukan bajet yang besar untuk berjaya di dalam Ebay. Dua perkara di atas adalah kunci paling utama untuk anda berjaya sebagai penjual Ebay. Ingat, sekiranya anda adalah penjual berjaya di Ebay bermaksud anda adalah pemilik salah 1 kedai di kompleks membeli-belah terbesar di dunia.
Anda boleh mendownload panduan asas Ebay secara percuma di laman web saya: http://www.jutawanblog.com



tips yang sangat menarik dan berguna untuk saya..
thanks!
Salam,
Ebay adalah gedung terbesar di Internet. Tiada masalah untuk menjual barangan atau produk tetapi perlu juga tahu teknik untuk meningkatkan kuasa jualan! Tak mengapa teknik itu boleh didapati dari link blog ini ye tak?
http://www.glowglokal.com
TIps yang senang faham..tapi entah bila la nak try ebay business
Weirdest usb drives ever seen
Memang setuju dengan masalah yang diutarakan di kalangan peniaga di ebay……masalah utama adalah stok…stok…stok…sukar nak dapatkan pembekal yang boleh membekalkan stok secara konsistent.
Pembekal selalu demand beli barang dengan banyak sekali gus baru barang tersebut dikira pada harga borong.
Masalah peniaga ebay pulak selalunya tak mampu membeli barang tersebut secara pukal….hu…hu..hu…cabaran…
…..ada jalan penyelesaian untuk belian pukal..
1. cari barangan yang ada permintaan, tetapi susah untuk didapati dipasaran negara lain (kita boleh beli 1 persatu).
2. Kaedah otai ebay lain buat.. dropship?
3. Berkawan / buat kawan dengan pembekal. lama-kelamaan, tiada masalah untuk dapatkan bekalan walaupun bukan belian pukal + boleh gunakan consignment
teruja nk buat bisnes kat ebay…try buat sale t-shirt…
xde sales dpt la…alaahiii
tak de produk nk jual la … tension tul
Pastikan produk kite unik dan hebat serta senang dihubungi customer senang kite dapat jual kat ebay
mcm mne nk masuk kan duit dlm acc paypal?
Sako
1. Link paypal dengan kad debit / kredit .. automatik akan tarikbila buat payment.
2. Beli paypal fund daripada sesiapa yang ada buat penawaran.
3. Jual produk / servis
macam yang ditulis dalam artikel ini. Sales akan berlaku dengan adanya permintaan. Dan permintaan yang baik adalah permintaan yang tinggi. Contoh permintaan yang tinggi hari ini adalah wii, ps3, ipod, dan benda-benda yang popular tapi eksotik.
itu yang mendapat sales banyak tu.
@sako…
saya rasa kalau untuk tujuan MEMBUAT pembayaran, kad debit (public bank) adalah lebih mudah dan praktikal buat masa ni…
kalau untuk tujuan MENERIMA pembayaran, paypal boleh digunakan.
aku sampai sekrang takde idea nak jual apa kat ebay…..tolong bagi cadangan sikit daaa…aku pun cari duit kat ebay jugak daaaaaaaaaaaa….huhu
aku pon sama jgk..nie..xtahu nak hual ape..modal ciput jea…
tapi akaun paypal dah ready dah nie..aduksss..