Bidvertiser, Alternatif Kepada Adsense

Google Adsense adalah antara program pengiklanan online yang terkenal di dunia internet bagi menjana pendapatan sampingan dan kadangkala tetap kepada ramai blogger dan pengusaha laman web. Namun, tahukah anda disebalik kemewahan $100.00 yang dijanjikan pihak Google, hanya 55% daripada mereka yang menerima bayaran? Rata-rata kecundang sebelum sempat mendapatkan minimum payout. $100 bukanlah angka yang mudah dicapai oleh publisher kecil-kecilan.

Oleh kerana itu, lahirlah Bidvertiser. Ramai beranggapan Bidvertiser adalah saudara kembar Google Adsense dan ia adalah altenatif kepada Adsense, terutama kepada sesiapa yang sudah tersenarai di dalam banned list Google Adsense. Buat akaun yang baru adalah berisiko dan perkataan banned sememangnya suatu mimpi ngeri. Namun, di Bidvertiser, semuanya berlawanan. Malahan, Google membenarkan anda meletakkan Bidvertiser bersama Google Adsense di dalam page yang sama.

Bidvertiser menawarkan minimum payout yang rendah, hanya $10 bagi setiap payout dan boleh dihantar terus melalui Paypal. Malahan, jika anda mempunyai minimum payout $50, anda boleh meminta pihak Bidvertiser menghantar cek. Ini adalah perkara penting yang mendorong Bidvertiser menjadi antara program pengiklanan online yang terkenal di dunia, menduduki top 5 di dalam program pengiklanan online di internet.

Perkataan banned yang memang menakutkan diterjemahkan Bidvertiser dengan langkah yang lebih berhemah. Masakan tidak, jika anda terbuat sesuatu masalah termasuk fraud click (atau sengaja buat), Bidvertiser memberi pendekatan lembut dengan tidak terus banned anda tetapi akan memberi notifikasi dan akan mengabaikan sebarang klik dari ip yang disyaki serta menolak jumlah payment yang anda terima dari fraud klik berkenaan.

Referral program Bidvertiser adalah antara yang terbaik. Ini kerana bagi setiap publisher yang mendaftarkan diri di bawah anda dan berjaya mendapat sekurang-kurangnya minimum payout $10, anda turut menikmati pembayaran yang sama. Keberkesanan referral program ini sangat bagus sehingga John Chow sendiri meletakkan banner referral di blog nya.

Banyak lagi kelebihan Bidvertiser yang akan diungkaikan bersama-sama 11 teknik berkesan bagaimana meningkatkan nilai CPC iklan Bidvertiser serta meningkatkan minimum payout anda di dalam e-book terbaru Raja Bidvertiser. Raja Bidvertiser adalah satu-satunya e-book teknikal optimization dalam bahasa melayu berkaitan Bidvertiser dan adalah yang pertama di dunia internet. Isinya adalah hasil kajian intensif selama 5 bulan dan hasil usahasama bersama Bidvertiser sendiri. Anda boleh lawati http://www.rajabidvertiser.com untuk maklumat lanjut.

Zemanta Pixie
This entry was posted on Sunday, June 8th, 2008 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

24 Responses to “Bidvertiser, Alternatif Kepada Adsense”

  1. Pepa on June 9th, 2008 at 3:47 am

    Bagus maklumat ini. Google AdSense + BidVertiser = blog.

  2. samdaddycool on June 9th, 2008 at 5:59 am

    …. bagus2.. very good info.thanx for ther info… nanti bole lah try
    …. betul ramai yang sangkut nak buat google adense, apatah algi sesetengah org main taktik kotoq suruh member2 kik sesukahati mak bapak yang mungkin akan menyebabkan m’sia akan kena ban.. suatu ari nanti…

  3. yakuza666 on June 9th, 2008 at 1:21 pm

    Sebenarnya walaupun Bidvertiser ialah altenatif Adsense, tapi kalau kita mix kan Bidvertiser dan Google Adsense di bawah satu site dengan teknik yang betul, nilai CPC akan meningkat.

  4. khurayatz on June 10th, 2008 at 4:00 am

    good… ada lagi koleksi ku… hehehe…

  5. Faqih HB on June 10th, 2008 at 6:09 am

    Bagus maklumat yang bernilai..saya masih baru dlm adsense ni, so dah create satu akaun dulu, tak sampai sehari dah kena band hehe (sebab terklik dlm website sendiri) so nak cuma la try guna bidvertiser plak..ok tq

  6. nuarx on June 12th, 2008 at 1:40 am

    satu pendekatan baru bagi mereka yang inginkan sistem PPC dlm blog mereka. Btw, adakah bidvertiser menawarkan perkhidmatan dlm BM ?

  7. yakuza666 on June 12th, 2008 at 9:13 am

    Yup, Bidvertiser ada menyediakan perkhidmatan untuk blog dalam Bahasa Melayu. Tapi untuk maksimakan earning di blog melayu boleh guna Teknik : Twist & Turn, laporan teknik tu ada di thread di WTB. Boleh download secara percuma.

  8. mp3seeder on June 29th, 2008 at 4:45 am

    Bagus ke menda ni? ada sapa yg dah berhasil ke

  9. amy on June 29th, 2008 at 12:37 pm

    Thanks for the information… boleh tak perjelaskan apa perbezaan antara
    adsense
    bivertiser
    nuffnang, dan
    advertlerts…

    aku agak konpius camna konsep tiap2 syarikat nih

    then adakah semuanya boleh diletakkan dalam satu website?

    Harap membantu aku yg konpius. Tq

  10. shahraduan on June 29th, 2008 at 11:39 pm

    hohohohoh…aku dah guna bidvertiser ni dah lama lah gak…dah beberapa kali dpt payment dah. Peace….!! Semuanya dlm blog Bahasa MELAYU

  11. Bursa Blogs And News on July 4th, 2008 at 11:17 am

    Tq, I am using only adsense at the moment, will look more into bidvertiser. Thx for the info.

  12. oryzana on July 16th, 2008 at 7:25 am

    selain bidvertiser dan google adsense … lain2 ade tak?

  13. Nizam on July 21st, 2008 at 7:42 pm

    Saya info yang mennarik.Tk.

  14. imtech on July 24th, 2008 at 4:50 am

    Ini program base n kepunyaan israel
    boleh tgk dorang punya cek pon dari Haifa bank alamat kat israel.
    so
    lu pikirrrrrrrrrrrrrrrrrrr la sendri!

  15. mat on July 26th, 2008 at 12:22 am

    info yang bagus, thanks a lot.

  16. Nije on July 31st, 2008 at 1:46 pm

    Saya dah lebih 10usd tapi pihak bidvertiser tak bayar pun.

  17. syed on August 12th, 2008 at 9:59 am

    sebenarnye saya tak faham ape maksud niche dan keyword dan ape kaitan dia dengan google adsense atau bidvertiser

  18. khairul on August 12th, 2008 at 12:18 pm

    Bidvertiser??? Bunyi pun dah gempak. Ketakutan orang sekarang nie, kemungkinan gejala taktik kotor untuk mengaut keuntungan boleh menyebabkan Msia kena ban.
    Stuju tak??

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  19. pedagangIT on August 20th, 2008 at 3:55 pm

    aku pun dah cuba… boleh di percayai

  20. mazuki mustaffa on August 23rd, 2008 at 6:58 pm

    belum lagi mencuba…..tapi akan mencubanya….dan akan beli buku nie nih….huhuhu

  21. akoo on September 5th, 2008 at 7:29 pm

    Lebih suka bidvertiser sebab boleh letak ads di mana-mana sahaja, tak cerewet sangat cam adsense. Tapi, belum pernah dapat bayaran pun, ads terlalu murah 3 sen saja..hampeh!

  22. akubudakmyspace on September 6th, 2008 at 6:26 pm

    aku dapat duit di google adsense,,,, cuma masalah skg .. ramia orang dah xnak click google adsense sebab dorang tau dorang akan menyumbankan duit kepada blogger…

    so sekarang dunia affilate lebih memberi pendapatan untuk korang..

  23. khairul on September 8th, 2008 at 11:55 pm

    haha…zaman dah berubah. Betoi tu skg nie dah byk cabang bisnes yang boleh dilakukan. Dunia Internet adalah lubuk emas. Sape stuju???

    Bisnes TDTone
    http://bisnestdtone.com/khairul

  24. Mior aka SmartPPC on September 18th, 2008 at 1:44 am

    sudah tentu. Kita kena pelbagaikan teknik bagi sesuatu income dari internet. Tak bolehlah kalau tumpu satu aje. Contohnya, gabungkan Income A dan Income B dalam satu website. Ulang dan buat website yang lain pula.

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Panduan Clickbank

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites