Adakah anda tahu bagaimana cookie affiliate berfungsi?
Persoalan ini mungkin merupakan satu persoalan yang mudah untuk dijawab oleh mereka yang sudah lama berada di dalam dunia pemasaran affiliate.
Namun demikian, kepada mereka yang masih baru kepada dunia pemasaran affiliate, persoalan ini mungkin merupakan satu persoalan yang paling banyak ditanya.
Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi mengenai beberapa maklumat asas mengenai cookie affiliate.
1. Apa itu cookie affiliate?
Cookie affiliate merupakan satu bentuk teks mudah yang akan ditinggalkan di dalam Internet Browser seseorang pengunjung yang telah klik pada satu pautan affiliate. Cookie affiliate tersebut akan memiliki maklumat ID affiliate pemilik pautan affiliate tadi.
Sekiranya prospek melakukan pembelian, maka secara otomatik cookie affiliate tadi akan memaklumkan kepada perisian affiliate pemilik produk bahawa pemilik pautan affiliate tadi yang telah menghantar pembeli tersebut kepadanya. Dengan ini, komisen affiliate akan diberikan kepada pemilik pautan affiliate tadi.
2. Berapakah jangka-hayat cookie affiliate?
Kebanyakkan program affiliate akan memberikan jangka-hayat cookie affiliate di dalam komputer prospek sehingga 60 hari. Ada yang lebih pendek dan ada yang lebih panjang. Ada pemilik program affiliate yang memberikan jangka-hayat untuk cookie affiliate mereka sehingga seumur hidup. Kesemua ini bergantung kepada kehendak pemilik program affiliate tersebut.
3. Bagaimana jika saya klik pada dua pautan affiliate berbeza untuk produk yang sama?
Jika prospek anda klik pada dua pautan affiliate yang berbeza untuk produk affiliate yang sama, maka cookie affiliate untuk pautan terakhir yang telah prospek tersebut klik akan menjadi cookie affiliate utama di dalam komputer prospek.
Ini bermaksud, pemilik pautan affiliate terakhir yang telah prospek tersebut klik akan mendapat komisen affiliate sekiranya prospek tersebut melakukan pembelian selepas itu.
Oleh kerana itu, seseorang affiliate veteran yang menghantar email promosi produk kepada anda akan menyuruh anda untuk membuang cookie affiliate yang terdapat di dalam komputer sebelum melakukan pembelian. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah affiliate ini.
4. Apa akan berlaku sekiranya prospek membuang semua cookie affiliate di dalam komputernya?
Anda sebenarnya boleh menbuang atau delete cookie affiliate yang terdapat di dalam komputer anda. Jika prospek anda bertindak sedemikian, ini adalah satu perkara yang tidak baik untuk anda kerana tanpa cookie affiliate tersebut, walaupun prospek membuat pembelian untuk produk yang telah anda promosikan sebelum ini, anda tidak akan mendapat komisen yang sepatutnya menjadi milik anda.
Oleh itu, ini akan menjadi satu kerugian yang besar kepada anda. Bayangkan jika 20 – 50 prospek yang melakukan sedemikian. Sudah tentu anda kehilangan komisen affiliate yang besar daripada pembelian mereka.
Daripada perkongsian di atas, saya harap anda akan lebih memahami fungsi dan faktor-faktor yang akan mempengaruhi cookie affiliate untuk pautan affiliate yang anda promosikan.
Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai Plugin WordPress hebat yang boleh membantu anda untuk meninggalkan cookie affiliate secara senyap-senyap di dalam komputer prospek anda tanpa memerlukan mereka klik pada pautan affiliate, anda bolehlah menonton video yang telah disediakan di laman web berikut:
http://www.rahsiarajalelong.com/ACD/ACDvideo.html
Salam hormat.
Eruwan Gerry Norsen


Terima kasih kerana kongsikan teknik Rahsia ini.
Adakah Affiliate Cookie Dropper hanya sesuai digunakan di WordPress ?
Hello Edward,
Plugin in cuma boleh digunakan untuk WordPress sahaja.
terima kasih….rupa-rupanya memang amat berguna cookie nie untuk jangka masa panjang…
Thanks, memang berguna utk subscriber saya nnt.
infromasi terbaik! saya baru tau tentang cookie affiliate ni. terima kasih
Saya Terlambat….. Jualan Affiliate Cookie Dropper dah ditamatkan.