3 Masalah Utama Sebagai Seorang Ahli Program Affiliate

Oleh Eruwan Gerry Norsen

Pemasaran Affiliate merupakan di antara cara paling efektif untuk menjana wang secara online. Program ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan keuntungan melalui internet. Memandangkan program-program pemasaran affiliate mudah untuk disertai dan memberikan imbuhan wang di atas usaha anda, maka semakin ramai orang yang mula menceburi model perniagaan internet ini.

Namun demikian, seperti bentuk model perniagaan internet yang lain, masih terdapat masalah di dalam menjalankan pemasaran affiliate. Sekiranya anda melakukan sebarang kesilapan ini, maka anda akan kehilangan sebahagian besar daripada keuntungan yang sepatutnya anda perolehi daripada program affiliate tersebut. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memiliki pengetahuan yang sewajarnya untuk mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini.

Kesilapan #1: Memilih program affiliate yang salah

Ramai orang yang ingin mendapatkan keuntungan daripada pemasaran affiliate mereka dengan cepat. Tanpa melakukan sebarang penyelidikan, mereka terus menyertai sebarang program affiliate yang mereka jumpa. Mereka sering memilih produk-produk yang sedang “panas” dan “hangat” di pasaran. Mereka memilih produk untuk dipromosikan sebagai affiliate tanpa terfikir sama ada produk tersebut sesuai untuk mereka ataupun tidak. Ini bukanlah satu langkah yang bijak!

Adalah lebih baik sekiranya anda memilih produk-produk untuk dipromosikan berdasarkan minat dan citarasa anda. Di dalam sebarang kejayaan di dalam pemasaran
melalui internet, perlu ada masa yang diluangkan untuk merancang dan menghasilkan pelan tindakan untuk mencapai objektif anda.

Pilihlah produk yang bermakna buat diri anda. Setelah itu, lakukan kajian untuk menentukan sama ada produk tersebut mendapat permintaan ramai. Mempromosikan
produk yang bersesuaian dengan citarasa anda adalah lebih mudah berbanding dengan mempromosikan sebarang produk tanpa minat yang mendalam dari anda.

Kesilapan #2: Menyertai terlalu banyak program affiliate

Memandangkan program-program affiliate adalah mudah untuk disertai, anda mungkin akan tertarik untuk menyertai pelbagai jenis program affiliate dengan harapan akan dapat memaksimakan keuntungan yang bakal anda perolehi. Lagipun, sudah tentu yang anda terfikir bahawa anda tidak akan mendapat sebarang kerugian dengan menyertai kesemua program affiliate tersebut.

Memang benar, ia merupakan satu cara yang baik untuk menjana wang daripada pelbagai sumber. Namun demikian, anda tidak akan mampu memberikan konsentrasi yang sewajarnya untuk setiap produk sekiranya anda menyertai terlalu banyak program affiliate. Akibatnya, keuntungan besar yang anda harapkan tidak akan tercapai!

Cara terbaik adalah dengan menyertai satu program yang mampu memberikan anda komisen affiliate terbaik atau terbanyak. Sekurang-kurangnya komisen sebanyak 40% daripada harga produk adalah sesuai. Lebih tinggi, lebih baik. Seterusnya, berikan usaha terbaik anda untuk mempromosikan produk tersebut. Setelah anda menjana keuntungan yang baik daripada promosi produk tersebut, maka hanya selepas itulah anda boleh mempertimbangkan untuk menyertai program affiliate yang lain.

Kaedahnya di sini adalah untuk mempromosikan produk daripada program affiliate tersebut dengan perlahan dan penuh berdedikasi. Sekiranya anda melakukannya dengan betul, anda boleh menjana keuntungan daripada program affiliate tersebut dengan lebih banyak berbanding sekiranya anda menyertai pelbagai program affiliate.

Kesilapan #3: Tidak membeli produk atau menggunakan perkhidmatan

Sebagai seorang affiliate, tugas anda adalah untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda sertai dengan sebaik mungkin. Anda hanya boleh berbuat demikian sekiranya anda betul-betul memahami produk tersebut. Dengan pemahaman yang mendalam mengenai produk yang anda promosikan, anda akan dapat memberikan maklumat yang lebih menyakinkan kepada para pelanggan anda. Jika anda tidak pernah menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut, maka tidak mungkin anda akan dapat menghasilkan promosi yang betul-betul mampu menyakinkan orang lain.

Cuba gunakan sendiri produk atau perkhidmatan yang diberikan itu untuk mengetahui sama ada produk tersebut betul-betul boleh memberikan hasil seperti apa yang dikatakan oleh penjual tersebut. Jika anda dapat berbuat demikian, maka pelanggan anda akan dapat merasakan kejujuran anda di dalam mempromosikan produk tersebut kepada mereka dan ini akan menggalakkan mereka untuk membeli melalui anda.

Ramai peserta program affiliate yang melakukan kesalahan-kesalahan di atas dan telah menerima akibat buruk daripada kesilapan mereka. Janganlah jadi seperti mereka. Cuba elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan tersebut agar anda akan dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan di dalam program affiliate yang anda sertai.

Sekiranya anda ingin menyertai program affiliate yang memberikan komisen yang hebat dan pendidikan affiliate secara percuma, kunjungi laman web www.EruwanGerryAffiliates.com

Bookmark and Share


This entry was posted on Monday, July 13th, 2009 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

13 Responses to “3 Masalah Utama Sebagai Seorang Ahli Program Affiliate”

  1. Zairi Zaidi on July 15th, 2009 at 8:18 am

    Nice info. Thanks!
    Tapi yang ketiga tu.
    Mesti perlu modal.
    Kan program affiliate salah satu cara buat duit tanpa modal yang banyak?

  2. Zarul on July 15th, 2009 at 12:32 pm

    artikel yg menarik dan penuh dengan tip2 yang bagus..saya rasa ramai affiliater di malaysia tidak mempraktikkan tip yg ke3 tu td..namun hakikatnya mcm tulah.. mcmana kita nak pujuk org beli sedangkan kita pun tak beli dan takder pengetahuan langsung dalam benda yg kita jual..tp hakikatnya ia memerlukan modal untuk mencapai matlamat yg diimpikan,bukan senang nak beraffiliate ni jika anda seorang yang pentingkan kualiti dalam bidang yg anda ceburi..fikirkanlah

  3. abrablog on July 18th, 2009 at 8:40 am

    ehm..artikel yang bagus. Modal memang penting.

  4. syukran on July 28th, 2009 at 11:20 am

    moral : mesti berkorban untuk apa jua matlamat, dengan kaedah yang betul….Insyaallah membuahkan hasil.

  5. danz on August 4th, 2009 at 4:23 pm

    erm…patutla sy xbjaya lg dlm bdg affiliate ni.xikut 3 step ni.
    thks bro..

  6. adzrollz on August 6th, 2009 at 7:13 am

    bnyk benda yg perlu dipelajari…mengingatkan sekali diriku yg kdang cepat give up

  7. shuada on August 11th, 2009 at 4:24 pm

    sy baru nak berjinak dlm bidang ni,msh ada peluang lg ke?coz da terlalu ramai da yg menceburkan diri sebagai affiliate…sy ni baru belajar x tau dari mana nak mula..??

  8. adzrollz on August 13th, 2009 at 1:29 pm

    @shuada…jawapan dah ada depan mata,next step is action

    “Sekiranya anda ingin menyertai program affiliate yang memberikan komisen yang hebat dan pendidikan affiliate secara percuma, kunjungi laman web http://www.EruwanGerryAffiliates.com

  9. fadli on September 3rd, 2009 at 4:39 pm

    niche penting kan utk memasarkan produk affiliate…

  10. rohadi on September 3rd, 2009 at 7:14 pm

    saya setuju dengan info yang diberi

  11. Obot on September 8th, 2009 at 8:59 am

    saya fikir seorang affiliater wajar menyertai sebanyak mungkin program affiliate. Tak kisah sesuai dgn minat atau tak. Masalah sebenarnya ialah…. customer tak beli secara langsung apabila menjumpai promosi kita, namun mereka juga akan menyertai program affiliate tersebut dan kemudian membuat pembelian. Admin program affiliate dapat mengesan pembelian melalui link sendiri TETAPI tidak akan dapat mengesan link peserta affiliate sebelumnya. Program affiliate yg paling baik ialah mereka yg tidak menyertakan link affiliate dalam website mereka. Namun perkara ini tidak dapat dielakkan…..oleh itu Peserta affiliate HARUS MEMATIKAN LINK AFFILIATE di website program affiliate yg disertai…. contohnya seperti beberapa program yg saya sertai.. http://kuasaforex-mybizonline2u.blogspot.com
    ( http://www.blogger.com/profile/16869249480826092145 )

  12. jh786 on September 8th, 2009 at 3:12 pm

    Apapun bisnes perlukan modal, biasanya lebih besar modal lebih banyak untung..l

  13. saifinix on September 29th, 2009 at 3:52 pm

    kesilapan lain: kepada pelajar universiti, jangan beroperasi dari makmal komputer. kes yang terjadi kepada saya: saya beroperasi dari makmal komputer, dan ada rakan satu universiti yang membeli. sistem affiliate merekodkan belian dari ip yang sama (kerana network universiti menggunakan ip yang sama untuk seluruh universiti), maka saya dikatakan membeli dari akaun sendiri dan akaun saya dibatalkan.

    sedih huhuhu

Leave a Reply



Seminar Terkini


Seminar Perniagaan Ebook
Tempat : Jomtraining.com
Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Klik disini untuk maklumat lanjut..

Produk Hangat


Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites