Banner

Ya!.. setelah hampir 2 minggu pengiklanan banner di wangcyber.com di tutup. Kini ia dibuka semula!. Bagi mereka yang tertunggu-tunggu untuk meletakkan iklan banner di website wangcyber.com, sudah pastinya ini adalah berita gembira buat anda!. Sebelum itu, sedikit info mengenai wangcyber.com untuk mereka yang berminat membeli ruangan iklan “banner” di forum wangcyber.com ini.
========================
Fakta Mengenai Wangcyber.com
========================
1) Wangcyber.com adalah sebuah website komuniti yang menjurus kepada bidang “perniagaan internet & buat duit online secara sah!”.
2) Bilangan ahli wangcyber.com kini sudah menjangkau 15,000 orang ahli berdaftar dengan 30% daripadanya adalah merupakan ahli aktif. Bilangan ini pula, semakin bertambah dari sehari ke sehari.
3) Secara puratanya, website wangcyber.com menerima sehingga 35,000 orang pelawat unik setiap bulan. Dibawah adalah statistik pelawat wangcyber.com sepanjang tahun 2008.

4) Seramai 86% pelawat & ahli wangcyber.com adalah merupakan golongan yang berumur antara 18-35 tahun. Apa yang lebih penting, mereka sudah mempunyai akaun bank sendiri, mempunyai kuasa membeli yang tinggi , serta tahu & sering membeli-belah secara online.

========================
Kadar & Format Iklan Banner
========================
Buat masa ini, wangcyber.com hanya menawarkan satu format iklan banner sahaja.
- Saiz banner : 180 x 60 piksel
- Posisi iklan : dibahagian sisi sebelah kiri (sidebar) forum.
- Kadar iklan : USD7 @ RM21 seminggu
- Imej Banner : Disediakan oleh pihak anda (pembeli iklan). Jika anda tiada banner sendiri dan mahu pihak wangcyber.com menghasilkan banner iklan yang ringkas untuk anda. Caj tambahan sebanyak USD3 @ RM9 akan dikenakan.
========================
Syarat-syarat Iklan
========================
Berikut adalah syarat-syarat pengiklanan di wangcyber.com
- Iklan-iklan yang berkaitan dengan skim cepat kaya, pelaburan haram, hyip, forced matrix, MLM Head Hunting, autosurf, randomizer, program reseller serta website-website yang mendatangkan keraguan dan was-was mengenai kesahihannya (sama ada dari segi pemilik @ produk yang ditawarkan) tidak akan dibenarkan.
- Tarikh pengiraan iklan adalah dari tarikh ia diletakkan bukan dari tarikh pembayaran dibuat.
- Pihak kami berhak menamatkan iklan anda jika di dapati website anda melanggar syarat-syarat pengiklanan tanpa sebarang notis, dan wang anda tidak akan dikembalikan.

Selamat beriklan dan selamat menarik trafik yang berpusu-pusu ke website anda.
Sekian, terima kasih


boleh saya bagi banner tapi saiz yang lain..
pihak wangcyber tolong resize kan semula saiz banner saya mengikut saiz seperti diiklankan.. 180×60 px
Boleh begitu???
saya tak tau nak wat banner dan minta pihak wang cyber watkan ble ke.. macam mana nak tempah… tuk web saya. Saya mempromosikan affliate produk informasi.
kalau sy letak banner saiz kecik skit leh ke?? n sy nak tau banner tue akan dipaparkan di mana ye??
Banner akan dipaparkan di http://www.wangcyber.com/forum pada side bar kiri forum..
Jika gambar kecik maka gmbar jd pecah..bole, tp jd pecah dan x lawa r..
Saya tiada banner sendiri dan mahu pihak wangcyber.com menghasilkan banner iklan yang ringkas untuk saya. Bagaimana caranya?
Shuth, saya nak tempah.
Tapi banner saiz tu, saya tak ada. Boleh tak untuk saya bayar lebih? Dan, berapa hari agak boleh siap (tanya ni, sebab nak rancang bila nak disiarkan banner saya tu).
Thanks a lot Shuth, kerana menyediakan peluang ni.
WC memang best!
Saya berminat nak tempah iklan banner dkat wangcyber. Boleh tak saya buat pembayaran guna Maybank2u?
Semangatnya Im Zaitun tue…. hehe.. Bagus2x..
salam shut. saya telah mendaftar WC premium.. nak tanye bagamana kalo saya ingin buat iklan banner untu mendapat harga WC premium???? saya cari tidak jumpa. yang ada kadar biasa..
Selamat berpuasa….macam mana caranya nak buat iklan?saya tak tahulah….
nak letak banner tapi form tak loading. tak tau la error kat mana…
wc premium ape kelebihan?
apa jenis iklan yang tidak dibenarkan kat sini??admin akan review dulu ke??
Salam,
Adakah website informasi saya ni dibolehkan untuk letak dalam forum wangcyber ni?
Saya risau nanti dah buat pembayaran tak boleh iklan pulak..
Lagi satu macam mana cara untuk buat banner disini? Saya takde banner..
Terima kasih
nampaknya saya pun berminat jugalah nak iklan banner di sini..
nak banner boleh tempah dekat saya http://bionano.com.my/banner/ atau nurul luvleey http://www.syoksyok.com
banner sblh kanan tu.. luvlleey yg buat, sblh kiri saya yg buat
sekiranya saya ingin book iklan banner sehingga 3 bulan tanpa henti, ada discount tak? saya ni org baru, baru nak promote produk, jadi pasal costing nie nak kena beri perhatian lebih sikit…