About Us

Jadi.. anda ingin mengetahui tentang kami? Apa itu Wangcyber.com? Siapa Wangcyber.com? Apa objektif & tujuannya?…
Wangcyber.com adalah merupakan sebuah website komuniti maya bagi rakyat Malaysia yang berminat di dalam dunia perniagaan internet. Diulangi… “WEBSITE KOMUNITI“… disini kami TIDAK menawarkan anda apa-apa peluang bisnes yang membolehkan anda “letak duit, goyang kaki dan menjadi kaya”.. jika itu yang anda cari.. Maaf! anda sudah salah tempat.
Disini, adalah tempat perbincangan dan perkongsian ilmu bagi mereka yang berminat menjalankan perniagaan di internet tulen. Diulangi… disini, adalah tempat kami berkongsi ilmu (sebab itu kami panggil website ini sebagai website komuniti).. bukannya tempat “orang atas cari orang bawah dan jadi jutawan dalam masa 3 bulan“..
Objektif
Wangcyber.com diwujudkan adalah bertujuan untuk (1) memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang “dunia” serta ilmu perniagaan internet yang sebenar. Ia juga ditubuhkan (2) untuk membantu serta mendidik masyarakat supaya celik “ilmu buat duit di internet yang sebenar” agar mereka, tidak tertipu dengan skim-skim piramid atau program-program buat duit yang palsu di internet. Selain itu, objektif kami adalah untuk (3) menggalakkan masyarakat membina & membangunkan perniagaan internet mereka sendiri secara sah & betul.
Visi & Misi
Visi wangcyber.com pula adalah untuk menjadi sebuah pusat rujukan maklumat yang utama bagi bidang /industri perniagaan internet di Malaysia.
Sejarah & Latar Belakang
Website komuniti wangcyber.com telah diwujudkan dan diasaskan oleh saudara Mohd Suhaimy (shuth) pada bulan Disember 2005 . Ia diwujudkan berdasarkan rasa prihatin & tanggungjawap beliau untuk mendidik masyarakat mengenai maksud sebenar perniagaan internet di samping cuba memberikan kesedaran kepada masyarakat pada waktu itu agar tidak tertipu dengan program-program jana wang yang palsu (pada waktu itu , autosurf sedang hangat) .
Program autosurf sebenarnya adalah skim piramid yang berselindung di sebalik program traffic exhange
Pada waktu itu, ramai masyarakat yang tidak percaya apabila pihak wangcyber.com mengatakan program tersebut adalah sebuah program palsu & merupakan skim piramid. Bagi mereka, asalkan sesuatu program itu dapat memberikan wang kepada mereka , maka ia adalah sebuah program yang bagus dan patut diagung-agungkan (tak kira halal & haram serta apakah kesannya kepada kemaslahatan ummah). Jadi.. sesiapa yang mengatakan program autosurf adalah sebuah program yang “palsu & scam”.. maka pihak itu akan dituduh sebagai pihak yang busuk hati, dengki & tidak boleh tengok orang senang.
Sehinggalah apa yang diramalkan terjadi.. program tersebut akhirnya bungkus & tutup. Ahli-ahli yang menyertai program autosurf ini mula tercengang-cengang… harapan mereka penganjur program ini akan muncul semula dan mengembalikan wang mereka. namun hakikatnya.. wang mereka telah lesap begitu sahaja..
Selepas keruntuhan program autosurf.. pihak wangcyber.com telah mengurangkan usaha menentang kewujudan program-program autosurf seperti itu (sebab ia automatik mati sendiri). Oleh itu, pihak wangcyber.com telah mengambil peluang ini dengan mengiatkan lagi usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang perniagaan internet yang sebenar disamping memberikan nasihat kepada masyarakat agar tidak mencari jalan singkat untuk menjadi kaya dengan menyertai program-program jana wang yang palsu di internet.. kami sarankan, binalah perniagaan internet anda sendiri.. itu lebih baik & bermanfaat untuk diri anda.
Perniagaan internet yang kami maksudkan disini ialah.. anda membina/memiliki sendiri sebuah website yang menjual sesuatu produk @ perkhidmatan. Seperti menjual ebook, baju, minyak wangi, set bersalin, webhosting , cadar katil, pelamin dan sebagainya..
BUKANNYA dengan menyertai sesuatu website dengan sedikit bayaran yuran ahli.. kemudian duduk diam, buat spam dan jadi jutawan. Website yang menawarkan program seperti itu kami gelarkan ia sebagai sebuah website “program mengarut” dan juga “skim taik”.
Selepas keruntuhan program autosurf, ahli-ahli tegar yang ingin kaya cepat ini mula mencari peluang-peluang “mengarut” yang lain. Kali ini, program HYIP menjadi tumpuan mereka.
Program HYIP adalah program pelaburan palsu yang menjanjikan keuntungan tetap dalam suatu tempoh masa yang singkat.
Maka berpusu-pusulah makhluk tegar yang ingin “cepat kaya” ini menyertai program pelaburan tersebut. Dalam program pelaburan mengarut ini, untuk menjadi kaya dengan lebih cepat lagi.. mereka disarankan untuk mencari orang lain sebagai downline mereka. Disebabkan itu, ramilah masyarakat yang sememangnya agak “dangkal” dengan program-program seperti ini terpengaruh dan menyertai mereka.
Melihat kepada keadaan ini, wangcyber.com sekai lagi menjalankan usaha memerangi kewujudan program seperti ini disamping memberikan kesedaran keapda masyarakat agar tidak tertipu dengan “skim piramid” yang berselindung di sebalik istilah “pelaburan internet” tersebut.
Dan seperti biasa.. sekali lagi wangcyber.com di cop sebagai pihak yang dengki, busuk hati, tidak boleh tengok orang senang, bebal, melayu berfikiran cetek dan sebagainya.. anda boleh baca disini.
Tapi tidak mengapalah.. ahli-ahli wangcyber.com terus bersatu dan berusaha memberikan kesedaran masyarakat agar tidak tertipu dengan program-program mengarut serta skim taik tersebut..
Seperti yang telah dijangka.. akhirnya “skim-skim pelaburan taik (pelaburan internet)” ini akhirnya runtuh dan musnah. Kali ini, ahli-ahli tegar yang ingin “cepat kaya” dengan menyertai program pelaburan internet ini, bukan sahaja tercengang.. tetapi menangis mengenangkan wang simpanan & wang pinjaman bank yang mereka buat lesap begitu sahaja..
Sekali lagi kami nyatakan.. binalah perniagaan internet anda sendiri. Itu lebih baik & bermanfaat untuk diri anda, sama ada untuk jangkamasa panjang ataupun jangkamasa pendek.
Kini, wangcyber.com terus berusaha untuk memberikan kesedaran serta mendidik masyarakat tentang ilmu perniagaan internet serta kaedah buat duit di internet yang sebenar. Jauhkanlah diri anda dari program-program yang menawarkan anda kekayaan dalam masa yang terlalu singkat.
Oleh itu, jika anda berminat untuk mempelajari selok-belok dunia perniagaan di internet serta mengetahui kaedah yang betul di dalam menjana wang di internet. Tahniah! Anda sudah menjumpai sebuah website yang tepat!
Sertai forum kami… banyak ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dunia perniagaan internet dikongsikan disana!
Salam Usahawan dan selamat maju jaya!
Wassalam
P/s:- Dulu.. autosurf, kemudian hyip (pelaburan internet).. sekarang ahli-ahli tegar “ingin cepat kaya” sedang giat mencari mangsa dengan program terbaru mereka yang diberi nama “program reseller”… modus operandinya sama.. bayar sedikit yuran (kepada orang atas) kemudian cari orang lain. Kononya, lagi banyak dapat cari orang.. maka.. lagi cepatlah anda boleh jadi kaya.. nasihat saya.. larilah jauh-jauh dari website program seperti ini. Jangan biarkan pisang berbuah 3 kali..


dan wang cyber ada ramai ahli yang professional yang boleh berkongsi masalah dan membantu anda dalam masalah usahawan internet..
TaHNIAH sHUTH!
Yap. Apapun. Tahniah Shuth !!
terima kasih kerana selitkan link pelamin kat sini.. .. win-win situation!
akan ku hapuskan skim-skim taik ini tanpa henti..
Bila tengok gambar ‘about us’ kat atas tu, teringat kat buku SKALI LAGI. Huhuhu..
Semoga WangCyber Terus Success….
Congrats WangCyber!!!!!
er..slah eja, tanggungjawap..hehe
Syabas di atas usaha pihak WangCyber menyedarkan masyarakat akan skim-skim cepatkaya / piramid yang berleluasa di internet. Ini dapat mendedahkan “orangbaru” agar dapat menjauhi skim-skim tersebut.
Saya dahulupun tersalah langkah pada permulaannya !!!
Saya meyokong usaha WangCyber.com dalam usahanya menyedarkan masyarakat tentang keusahawanan Internet sebenar dan membuka mata masyarakat tentang kaedah mencari rezeki halal di Internet.
Tahniah Shuth! Kami dan ramai lagi member professional berdiri di belakang WangCyber.com.
I love this community!
- Shueqry -
Assalammualaikum..
Tahniah and terima kasih.. saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Shuth.. saya baru nak berjinak2 dengan business internet ni.. dengan adanya ruang forum ni, diharapkan ianya dapat membantu saya dan semua sahabat2 yang lain yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan internet ni.. Bersama-sama la kita menyahut seruan agama kita, bahawasanya 9/10 punca rezeki datang dari perniagaan..
p/s : teringat akan seorang rakan saya yang mengatakan bahawa dengan berniaga ni kalau tak dapat 9/10, dapat 2/10 pun jadi la.. lebih baik dari yang 1/10 (makan gaji).. insyaAllah..
tahniah wangcyber!!
Mabruk! teruskan perjuangan anda semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak IT. saya sendiri telah menimba banyak ilmu-ilmu baru dalam website ini. Thanks
Assalamu’alaikum.
Saya bersyukur dapat menemukan situs ini. Saya indonesian, dan sangat baru dalam mengenal dunia internet, terlebih lagi tentang bisnis menggunakan internet. Semoga di Indonesia juga lahir situs yang berkhidmat demi kemaslahatan ummat seperti ini. Terima kasih Wangcyber, istiqomah dan terus berjaya.
wassalam.
Tahniah Shuth,
Saya tetap akan sentiasa menyokong wangcyber, insyaallah
MasyAllah.. Smoga Allah Swt berikan kita semua kebaikan dunia akhirat dan diberikan rezeki yg tidak disangka2..
Teruskan niat ikhlas korg.. Smoga Allah Swt Mengampuni dosa2 kita.. Aminn..
asalamualaikum….
st program yang sy cari2 selama ni….
harap dapat membantu sy sebagai org baru yang ingin berjinak dalam biz it dan agak jakun2 lg….he….n salam sejahtera kepada geng2 wangcyber.
saye insaf kerana pernah terjebak dengan bullS**t scheme yang banyak gile…when we are in desperate time, we tend to make stupid decisions..Learn from it..because of the infos from wangcyber, saye pon dah mula berjinak-jinak dengan the real internet bisnes.. Terima kasih dan keep up the great job..
Emm….. saya rasa masih belum lagi terlewat untuk beri komen pd post ni. Saya baru saja habis membaca buku ” Rahsia Blogger ” tulisan Shuth.
Atas sikap ingin tahu ttng wangcyber.com, terus layari laman ni dan ternyata ia tidak merugikan. Inilah website yg saya tercari cari selama ini. Sehingga dalam keasyikan dibuai mimpi ingin menjadi Jutawan Internet, pernah juga terjebak dalam $kim T$$K tu.
Dengan azam 2008, berharap komuniti wangcyber.com dapat membantu untuk menjadikan impian saya menjadi realiti.
Terima kasih & syabas utk Shuth !!!
Saya banyak belajar tentang selok belok perniagaan internet di wangcyber. Bagi saya, forum ini adalah forum bisnes online yang terhangat di Malaysia! Terima kasih wangcyber!
Tahniah Shuth, diatas usaha yang murni memerangi masyarakat daripada terus tertipu pelbagai “program/skim taik kewangan” yang akhirnya banyak memudaratkan orang ramai !
Carilah pelaburan yang sah oleh undang-undang negara & islamik lagi. Kalu cari memang ada.
Saya rasa bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian bersama isteri saya. Terima kasih di atas semangat dan cabaran yang saudara shuth berikan.
Bismillahirahmanirrahim..Tahniah kpd WC krn menyediakan satu ruangan yg cukup berharga. Tempat perbincangan yang amat menarik untuk dikongsi bersama. semoga WC terus berjaya dalam membantu newbie2 menjadi usahawan berjaya. Salam
Saya rasa dah amat terlewat join WC…huhu..
tapi yang paling penting, pilihan yang saya lakukan sekarang merupakan pilihan yang tepat…Harap WC dapat maintain top sampai generasi seterusnya dan seterusnya dan seterusnya…sehingga semua yang join forum ini berjaya jd jutawan…hahaha…Salam
Keep up the good work!…but, never forget to have the good faith in your doing. I’ll always be supporting U 120%!! May WC be the best malay Forum/Discussion website in near future.
Assalamualaikum and my heartiest congratulations to all the team of WC Today I feel very fortunate and grateful to Almighty ALLAH swt which has led me to discover WC great potentials and unlimited opportunities which can be offered and assisted to all muslims Being very new I hope to be successful together with all muslims with the blessings of ALLAH swt Insyallah….
http://www.forumup.com.mx/?mforum=wholesalehandbags
Salam,
saya memang mencari website community seperti ini yg mempunyai objektif menjadi pusat rujukan maklumat perniagaan internet utama di Malaysia sbb susah nak cari yg genuine dan bukan skim cepat kaya.
Salam…
Bagus web site macam ni. Banyak maklumat dan info penting sebagai tumpuan rujukan perniagaan internet. Tak kira yang masih baru atau telah lama bertapak, memang amat perlu ruangan seperti ini. Good Luck…
WangCyber.Com …Komuniti Website Perniagaan Terbaik…!
Salam kekayaan,
THINKERICH
tahniah..tahniah,,tahniah
WangCyber.Com memang kominiti terbaik utk semua usahawan-usahawan cyber. Kami di hitcubes.com amat berterima kasih dengan tips2 online business yg kami dapat dari WC. Terima kasih WC!!!
Singgah-singgah la di http://www.hitcubes.com
Terima kasih di atas usaha saudara shuth.
Teruskan USaha!
http://gempurvirus.com
Wang siber adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan tip dan ilmu yang berguna dalam perniagaan Internet.
Bisnes TDTone
http://bisnestdtone.com/khairul
“MUDAH & MENGUNTUNGKAN”
“Rahsia Blogger ” tulisan Shuth . Macam mana cara nak memiliki nye.
Tahniah shuth
semuga usaha warga wangcyber.com diberkati Allah. Teruskan usaha, saya sentiasa menyokong usaha baik begini.
Abang_uda
Bukan salah ‘peserta’…depa nak cari duit tambahan apatah lagi dimasa kini..gomen pun kena ada penguatkuasaan kes sebegini. Terkena nie bukan perkara baru..saya pun terkena juga…saya cari lagi..dapat juga pulangan…ok juga hingga kini…013-3434141
Satu usaha murni untuk rakyat Malaysia. Teruskan usaha anda
Alhamdulillah. Di Malaysia wujud 1 komunity yang paling mantap! Aku suka WANG CYBER!!! Jauhi SKIM TAIK!!!
So,
What about MLM like Vemma?
Salah satu website hebat dari Malaysia
salam…usaha saudara shuth dan rakan2 sangat mulia..bantula rakyat malaysia ni yg baru bertatih nak financial freedom ke jalan yg betul..syabas..laman web ni semakin glamer skrg..
Assalamualaikum
kepada semua pemimpin wangcyber saya amat menghargai jasa anda semua
Dulu saya cuma dengar ….. hari ini saya masuk kedalamnya. Saya sangat baru dalam dunia ini … walau pun telah lama mencari tempat untuk belajar.
Alhamdulillah … semuga kita semua berjaya
Shabas hai anak-anak muda ….. Kuasailah dunia internet ini
Tunjukkan kepada dunia .. bahawa anda hebat
salam..tahniah buat kepala2 genius yg bjaya m’adakan site ni,akak hrp akan btambah ramai lg la yg mbuka mata dgn dunia IM ni..syabas n good luck! may Allah swt bless all of u….
Hi semua,
Saya sari Singapura. Saya akan balik ke Kuala Lumpur 29 Jul hingga 2 Aug.
Saya nak bincang tentang forex auto trading.
Nak tanya, KL ada company buat EA? Kalau ada, saya nak pergi melawat.
Boleh email stanrytan@yahoo.com
salam,
tanya sikit.. camana pulak dgn MLM mcm Hai-O yg iklan hot kat TV3 tu… semua jutawan katanya..??
salam,
sy ada knfius adakah sy telah tmsuk dlm golongan yg dsbutkan di atas..sbb sy bru join kmpeni jutaklix utk mmpromosikan lmn web mereka..
Alhamdulilah setelah sekian lama saya kini yakin dgn WC sabagai satu2 ny a Forum yg mempunyai platform yg kukuh, kerana itu hari ini saya telah menaik taraf saya sabagai warga Premium WC. Harapan saya WC dgn ahli2 yg berilmu dan beretika dpt membendung gejala program internet yg mengarut2 sekarang ni.Tahniah WC
Tahniah shuth..may god bless u and wc
Hai Shuth,
Saya donny dari sabah bah,saya dah jatuh cinta sama wcyber ni.
banyak info dan tip-tips berguna kepada newbie macam saya.
Thniah sekali lagi dan all the best to warga wangcyber..
Sememangnya wangcyber merupakan gedung ilmu IM! Terima kasih kerana mewujudkan forum wangcyber.
WC port TERBAIK saya lepak untuk dapat ilmu dan tips perniagaan!
salam … saya sangat berminat untuk beriklan di web forum tuan…berapa kos .. untuk seminggu.. boleh tuan emailkan kepada saya syarat2 .. serta kos dan cara2 untuk beriklan
u have done a great job mr shuth! without this helpful site i wont be here today and what i am today. a million thanks and appreciation for you.
salam..
tahniah buat wang cyber..moga kami juga akan mendapat manfaat..amin..
salam admin,
saya ingin bertanya :
saya sudah membuka akaun paypal, tetapi saya tidak mempunyai kad kredit.Bagaimana cara utk mengaktifkannya?
TQ
Terima kasih WangCyber… Banyak beri info kepara newbie-newbie…
Tahniah saudara Shuth atas usaha beliau….
I suspect la…oppss …i respect lah… hehe
Tahniah WC! Mantap… Makin maju sekarang..