“Tingkatkan Jualan Website Anda Tanpa Perlu Bersusah Payah Membuat Promosi. Biarkan Beribu-ribu Orang Lain Yang Melakukannya Untuk Anda!”
Ketahui Kehebatan "Sistem Affiliate" dan Pelajari Secara Langkah Demi Langkah Bagaimana Memasang Sistem Affiliate Ke Dalam Laman Web Jualan Anda.
Rakan Usahawan Internet Yang Dihormati,
Seperti yang anda sedia maklum, membuat aktiviti pemasaran ("Marketing") adalah merupakan bahagian yang terpenting di dalam sesebuah perniagaan, termasuk juga Perniagaan Internet. Tanpa "Marketing" , perniagaan yang mempunyai produk yang hebat serta website yang canggih sekali pun, tidak akan membawa apa-apa erti.
Tiada "Marketing" = Tiada Pelawat ke Website = Tiada Sebarang Jualan Produk = TIDAK UNTUNG!
Oleh itu, untuk mendapatkan keuntungan bagi perniagaan yang anda jalankan, mahu atau tidak, anda MESTI melakukan Aktiviti Pemasaran ("Marketing").
3 Kategori Teknik Pemasaran!
Secara Umumnya, terdapat 3 kategori teknik pemasaran.
1) Secara Percuma.
Pada masa kini, terdapat pelbagai teknik marketing yang boleh anda lakukan secara percuma. Antaranya seperti menulis artikel dan menghantarkannya ke artikel direktori, menyertai pelbagai forum dan cuba mempromosikan website perniagaan anda menerusi signature di dalam setiap post yang dihasilkan. Membuat video iklan dan menguploadkannya ke youtube. Meninggalkan komen di blog-blog popular. Membuat exchange link... dan bermacam-macam lagi. Walaupun teknik marketing sebegini agak berkesan, tetapi ia selalunya memerlukan anda meluangkan banyak masa untuk melakukannya.
2) Secara Berbayar
Teknik marketing berbayar pula selalunya akan membawa "trafik" ke website anda dengan kadar yang segera. Apa yang perlu anda lakukan, buat banner iklan dan letakkan ia di website-website yang bertrafik tinggi. Sudah tentunya, anda perlu membayar caj pengiklanan yang dikenakan oleh pemilik website tersebut. Teknik pemasaran secara berbayar ini memerlukan anda melakukannya dengan berhati-hati, silap tempat iklan, anda akan kerugian berpuluh-puluh ringgit, malah boleh juga mencecah hingga beribu-ribu ringgit. Masakan tidak, wang telah banyak dihabiskan membayar yuran pengiklanan, tetapi hasil jualan diwebsite, tidak seperti yang diharapkan. "Tak Balik Modal!".. orang kata. Menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai hati yang tegar dan berani mengambil risiko.
3) Joint Venture
Teknik ini pula memerlukan anda membuat kerjasama dengan individu-individu yang sudah berjaya untuk membantu anda melakukan promosi bagi website anda. Masalah bagi teknik ini pula,ramai yang gagal untuk mewujudkan situasi "win-win" di dalam kerjasama tersebut. Tambahan lagi, kebanyakkan individu yang sudah berjaya selalunya mempunyai masa yang agak terhad dan terlalu sibuk di dalam menguruskan perniagaan mereka. Oleh itu, jika sesuatu projek itu tidak benar-benar memberikan manfaat kepada mereka, selalunya mereka akan menolak pelawaan JV tersebut. Dan perkara inilah, yang seringkali akan membuatkan ramai usahwan-usahawan internet yang baru hendak bermula berasa kecewa dan tertekan.
Usah Buang Masa, Usah Membazir Wang dan Usah Berasa Kecewa!
Disinilah kehebatan "Sistem Affiliate" terserlah!!. Sejak dulu lagi, "Sistem Affiliate" telah terbukti sebagai satu senjata pemasaran yang sangat ampuh bagi semua usahawan internet. Ini kerana, menerusi sistem affiliate, anda!, sebagai pemilik website perniagaan..
-
Tidak Perlu Lagi Membuang Masa Membuat Aktiviti Pemasaran Seorang Diri
Ini kerana, menerusi "sistem affiliate", orang ramai akan berpeluang untuk mendaftarkan diri mereka sebagai "agen pemasaran" untuk website anda. Perkara ini sememangnya akan menarik minat ramai orang. Terutama sekali, pelanggan-pelanggan yang sangat berpuas hati dengan produk jualan anda. Mereka inilah yangakan mendaftarkan diri sebagai agen di dalam "sistem affiliate" website anda dengan semangat berkobar-kobar dan seterusnya, akan membantu mempromosikan website anda.
-
Tidak Perlu Menangung Risiko Kerugian Untuk Belanja Pengiklanan
Ya!.. tiada lagi risiko dimana anda terpaksa membayar wang beribu-ribu ringgit dan kemudiannya mendapati iklan yang dibeli tidak berkesan dan merugikan. Menerusi sistem affiliate, anda hanya akan membayar "agen-agen affiliate" anda , apabila ada jualan yang terhasil. Jika tiada jualan, tiada sebarang bayaran akan dibuat keapda agen affiliate. Jadi.. Confirm! Anda tidak akan rugi!
- Tidak Perlu Berasa Kecewa Jika Pelawaan JV anda Ditolak!
Walaupun mendapat JV adalah sesuatu yang sangat baik untuk anda. Tetapi dengan adanya sistem affiliate, anda tidak perlu lagi berasa terlalu kecewa jika pelawaan anda ditolak. Ini kerana, menerusi sistem affiliate, anda boleh mendapat beratus-ratus orang malah beribu-ribu lagi orang lain, yang sudi untuk bekerjasama dengan anda. Malahan kadang-kala, prestasi mereka adalah jauh lebih baik dari rakan JV yang anda harap-harapkan. Jadi, mengapa anda perlu bersedih hanya disebabkan satu orang yang "tidak berkesempatan" untuk bekerjasama dengan anda?
Itulah antara kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam "sistem affiliate", jadi tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat besar seperti Amazon, menggunakan teknik marketing seperti ini.
Apa Sebenarnya Sistem Affiliate Ini?
Baiklah! bagi mereka yang masih kabur-kabur tentang "Apa itu sistem affililiate?", biar saya jelaskan secara ringkas mengenainya.
Jika di dalam dunia nyata, "Sistem Affiliate" boleh diumpamakan sebagai sebuah "Program Agen" yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan. Seperti syarikat menjual kereta yang mewujudkan "agen jurujual kereta" , syarikat insuran yang mewujudkan beribu-ribu "agen insuran", serta syarikat jualan hartanah yang mengupah ramai "agen-agen hartanah" di dalam syarikat mereka.
Seperti yang anda sedia maklum, kesemua agen-agen di syarikat tersebut.. hanya akan mendapat "komisyen" apabila terdapat jualan yang dihasilkan.
Begitulah juga dengan "Sitem Affiliate" , sistem affiliate adalah merupakan satu "Program Agen" secara maya. Ianya adalah sebuah "sistem" yang dipasangkan di website perniagaan anda. Menerusi sistem affiliate ini, anda mampu untuk menguruskan "program agen" tersebut seperti, melihat senarai agen yang mendaftar, melihat hasil jualan setiap agen, membayar komisyen kepada agen yang layak, menyediakan bahan-bahan promosi untuk agen dan sebagainya.
Jika anda masih kurang jelas dengan penjelasan saya, usah bimbang, saya akan ceritakan ia dengan lebih lanjut kelak.
Apa yang pasti dan penting yang ingin saya sampaikan disini, dengan memasang sistem affiliate di website perniagaan anda, anda akan memperolehi banyak manfaat:-
- Anda sudah tidak perlu bersusah payah mempromosikan website anda seorang diri
- Beribu-ribu orang (agen) akan membantu anda mempromosikan website jualan anda
- Tidak perlu menangung risiko kos pengiklanan yang tidak berkesan
- Tidak perlu membayar kepada agen yang tidak membuat sebarang jualan
- Aktiviti pemasaran anda mampu bertahan lama selagi mana terdapat agen-agen baru yang mendaftar dan selagi mana banner-banner iklan anda tidak digugurkan dari website agen-agen affiliate anda
Bagaimana Memasang Sistem Affiliate?
Ringkasnya, ada 2 cara untuk memasang "Sistem Affiliate" di website anda.
- Suruh Orang Lain Pasang
- Anda Pasang Sendiri
Rata - Rata, Ramai Usahawan Internet yang akan Membazir Wang untuk membayar “UPAH” kepada orang lain untuk memasangkan Sistem Affiliate di Website Jualan mereka. Alasannya, mereka tidak mahir dan tidak tahu. sudah tentulah, jika tidak belajar.. memanglah tidak tahu kan?
Antara masalah – masalah yang sering dihadapi oleh “usahawan internet” baru dalam pemasangan sistem affiliate ini adalah seperti:
 |
Kurang mahir dengan bahasa pengaturcaraan web seperti HTML, PHP, CSS etc. |
 |
Tidak faham ASAS penggunaan dan pengurusan sistem script. |
 |
Tidak mengerti logik proses kerja sistem script yang ingin digunapakai. |
 |
Tidak mengikut prosedur pemasangan script yang betul. |
 |
Sering beranggapan, memasang script itu adalah sesuatu yang dangat “susah”. |
Disebabkan perkara - perkara diatas, maka ramai yang tidak mampu untuk memasang sistem affiliate mereka sendiri dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang lain. Malah, ada juga yang terpaksa membayar harga upah yang agak mahal sehingga mencecah kepada ratusan ringgit kerana beranggapan memasang sistem affiliate itu adalah sesuatu yang sangat sukar.
Namun begitu, anda tidak perlu lagi risau, masalah tersebut akan dapat diselesaikan pada hari ini juga dengan adanya.....
Pakej Tutorial Pemasangan Sistem Affiliate

Satu Panduan Eksklusif Yang Akan Mengajar Anda Langkah Demi Langkah Memasang Sistem Affiliate Ke Dalam Laman Web Jualan Anda.
Dengan pakej ini, anda boleh memasang "Sitem Affiliate" di website anda sendiri. Tidak perlu lagi membazir wang menyuruh orang lain memasangkannya untuk anda. Dengan pakej ini, anda mampu untuk memasang "Sietam Affiliate" pada seberapa banyak website yang anda miliki. Bukankah itu lebih menjimatkan?
Didalam Pakej Ini, Terdapat Item Eksklusif Seperti Berikut:
ITEM #1: EBOOK MANUAL START-UP PANDUAN AFFILIATE
Pakej Tutorial Sistem Affiliate turut didatangi dengan satu manual start-up yang akan membimbing anda untuk memahami maksud Program Affiliate dan cara kerja Sistem Affiliate.
Di dalam manual ini, anda akan diterangkan tentang:
- Pengenalan Program dan Sistem Affiliate
- Konsep Kerja Sistem Affiliate
- Jenis - Jenis Pembayaran Komisyen Sistem Affiliate
- Jenis - Jenis Sistem Affiliate
- Pemilihan Sistem Affiliate Terbaik?
- Tips Pengurusan Program Affiliate Cara Pakar
- Info Pemasangan Sistem Affiliate Lite
- Info Penggunaan Sistem Affiliate 3rd Party
- Kesimpulan
Segala penerangan yang dibekalkan dapat membimbing anda dalam usaha membangunkan program affiliate bagi memasarkan produk dan perkhidmatan anda di internet.
Penerangan adalah merangkumi dari segi aspek pemasaran bagi pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa. Dengan ini, anda mampu memahami dan boleh membuat pilihan tentang konsep serta sistem affiliate yang bersesuaian bagi pasaran anda. |
ITEM #2: VIDEO TUTORIAL PEMASANGAN SISTEM AFFILIATE
Ini adalah produk utama bagi "Pakej Sistem Affiliate". Anda akan menerima video - video tutorial yang akan menerangkan proses pemasangan sistem affiliate ke dalam laman web jualan anda secara langkah-demi-langkah.
Antara topik - topik yang disediakan adalah merangkumi:
Topik 1: Memasang Script Sistem Affiliate Lite
- Bahagian 1: Asas Pemasangan Script Affiliate
- Bahagian 2: Membina Database Sistem Affiliate
- Bahagian 3: Konfigurasi Fail Database Sistem Affiliate Lite
- Bahagian 4: Upload Script Sistem Affiliate Lite
- Bahagian 5: Konfigurasi Pemasangan Sistem Affiliate Lite
- Bahagian 6: Konfigurasi Kod Tracking Sistem Affiliate Lite
- Bahagian 7: Konfigurasi Komisyen Affiliate & Borang
- Bahagian 8: Konfigurasi Pembayaran PayPal
- Bahagian 9: Uji Cuba Sistem Affiliate
- Bahagian 10 : Preview Pengurusan Ruangan Admin & Agen
Topik 2: Konfigurasi Pakar
- Bahagian 1: Memahami Konsep PPL
- Bahagian 2: Konfigurasi PPL Aweber
- Bahagian 3: Konfigurasi PPL Getresponse
- Bahagian 4: Konfigurasi PPL Terbuka (Custom)
- Bahagian 5: Konfigurasi Borang Terbuka (Custom)
Topik Bonus : Menggunakan Affiliate Network
- Bahagian 1: Mendaftar Di Affiliate Network
- Bahagian 2: Menyenaraikan Produk Dan Web Jualan.
Ini adalah merupakan video tutorial yang eksklusif yang akan menerangkan perihal sistem affiliate yang boleh digunapakai untuk pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa.
Anda akan diajar langkah demi langkah pemasangan dan penggunaan sistem affiliate yang terdiri daripada "sistem script affiliate lite" dan juga penggunaan "affiliate network". |
ITEM #3: SKRIP APLIKASI SISTEM AFFILIATE LITE (v 2.4)

(Paparan Ruangan Script Sistem Affiliate Lite)
Sebagai pengguna Panduan Sistem Affiliate ini, anda turut akan dibekalkan dengan link download "Script Sistem Affiliate Lite" seperti yang ditunjukkan diatas. Antara ciri - ciri menarik Script Sistem Affiliate Lite yang dibekalkan ini adalah:
Statistik & Rekod Status Jualan Affiliate Admin dan agen affiliate kini boleh melihat rekod jualan yang terhasil dengan lengkap dan mengikut status jualan seperti PENDING, VERIFIED dan PAID. Fungsi ini disediakan adalah bertujuan untuk memudahkan admin dan agen affiliate berurusan dengan pelanggan / pembeli produk. |
Butiran Nama Dan Email Pelanggan
Kini butiran nama dan alamat email pelanggan sudah boleh dilihat pada status rekod jualan di ruangan admin dan agen affiliate. Dengan adanya fungsi ini, agen affiliate boleh menghubungi pelanggan masing - masing urusan yang selanjutnya seperti memberikan bonus. |
Fungsi Tag Pada Bahan Promosi Artikel
Kini pada ruangan maklumat bahan promosi artikel telah disertakan dengan fungsi TAG yang mana apabila tag ini digunakan oleh admin, ia secara automatik akan menggantikan maklumat agen affiliate pada artikel yang dilihat oleh pihak agen. |
WYSIWYG Untuk Informasi Admin
Sistem WYSIWYG (What you see is what you get) turut dilengkapkan pada beberapa bahagian konfigurasi informasi admin seperti konfigurasi berita admin, iklan admin dan sebagainya. Admin kini tidak perlu lagi mengubahsuai data secara manual.
|
Fungsi Carian Maklumat Agen Dan Jualan
Fungsi carian ini amat berguna untuk memudahkan admin mencari rekod jualan agen, rekod pembelian, rekod peribadi agen affiliate dan rekod komisyen untuk semakan sekiranya diperlukan. |
Sistem Borang Tempahan Khas
Sistem affiliate lite 2.0 ini dibangunkan adalah dengan tujuan untuk memenuhi keperluan bagi pemasaran internet tempatan. Maka dengan itu sistem borang khas turut disediakan untuk admin gunakan bagi menerima maklumat pengesahan bayaran secara manual. |
Rekod Lebih Daripada 1 Nilai Komisyen
Dengan sistem borang yang dibekalkan, kini admin sudah boleh menjual pelbagai peringkat harga produk dalam 1 laman web yang sama. Admin boleh menetapkan pelbagai nilai komisyen untuk diberikan kepada agen affiliate berdasarkan jenis produk yang dipilih oleh pembeli. |
Pelbagai Navigasi
Pelbagai navigasi yang disediakan untuk admin dan juga agen affiliate. Navigasi - navigasi yang disediakan ini mempunyai tujuan dan kegunaannya yang tersendiri yang dapat memudahkan admin untuk menjalankan program affiliate yang dianjurkan.
|
Borang Perhubungan Pelanggan & Affiliate
Menariknya pada sistem affiliate lite 2.0 ini, admin dan agen affiliate dapat menghubungi pelanggan dengan mudah menerusi sistem borang popup yang disediakan di dalam sistem affiliate lite ini. |
Notifikasi Email Komisyen Dan Pembayaran
Setiap aktiviti yang berlangsung iaitu seperti pengesahan komisyen dan pembayaran komisyen oleh admin, sistem akan mengirimkan email kepada agen affiliate untuk memaklumkan kepada mereka tentang hasil yang mereka perolehi.
|
Script ini telah disediakan mengikut keperluan pemasaran Usahawan Internet tempatan yang memerlukan sistem affiliate yang mudah digunapakai dan bersesuaian dengan keperluan pasaran yang diceburi.
Script ini amat bersesuaian untuk usahawan yang ingin membangunkan program affiliate berasaskan Pay Per Sale (PPS) atau Pay Per Lead (PPL) dengan 1 tingkat (level) komisyen sahaja bagi pemasaran 1 jenis produk.
Nota: Ini BUKAN script untuk membangunkan program seperti MLM, referral, downline, matrix atau apa - apa jua konsep sistem yang mengamalkan pemasaran "tajaan" yang melebihi daripada 1 level komisyen. |
Panduan yang dibekalkan adalah cukup lengkap untuk anda mendapatkan segala informasi berkaitan bagaimana untuk membangunkan program affiliate anda sendiri bermula daripada pengenalan sistem affiliate, pemilihan sistem, mencipta database, melakukan konfigurasi sistem dan sehinggalah menjalankan program affiliate anda. Jadi....
Mengapa Perlu Anda Mengupah Orang Lain Untuk Sebuah Kerja Mudah Yang Boleh Dilakukan Sendiri Dalam Masa Tidak Lebih 10 Minit?
Jimatkan perbelanjaan anda. Rata – rata “penyedia” perkhidmatan laman web diluar sana mengambil upah sekitar RM50 sehingga ke RM150 untuk memasang “satu sistem affiliate” ke dalam laman web jualan anda.
Itu baru “caj pemasangan” sahaja. Belum termasuk lagi harga “script” jika anda ingin menggunakan script berbayar yang kebiasaannya hanya boleh digunapakai untuk satu nama domain sahaja.
Bayangkan jika anda membangunkan 10 laman web jualan yang ingin dipasang dengan sistem affiliate… Berapakah perbelanjaan yang perlu anda keluarkan hanya semata – mata untuk kos pemasangan sistem affiliate ini ke dalam laman web jualan anda?
Wang upah tersebut sepatutnya boleh anda gunakan untuk aktiviti promosi berbayar anda ataupun untuk kos – kos upah yang lain yang lebih perlu...
Siapakah Yang Memerlukan Pakej Ini?
Pakej Tutorial Sistem Affiliate ini hanya sesuai untuk mereka yang ...
-
Ingin mempelajari tentang konsep sistem affiliate yang sesuai digunapakai.
-
Ingin mengetahui apakah sistem affiliate yang terbaik untuk mereka.
-
Ingin memahami konsep asas pemasangan sistem script secara umum.
-
Ingin mempelajari cara pemasangan script sistem affiliate.
-
Tidak mahu lagi mengeluarkan wang upah kepada orang lain.
Dapatkan Pakej Tutorial Sistem Affiliate Pada Hari Ini Juga Dengan Harga Istimewa Hanya:
Anda pasti tidak akan percaya, Pakej Panduan Eksklusif ini saya tawarkan pada harga yang sangat murah! Tiada produk yang berbentuk "Video" mempunyai harga serendah ini. Iaitu hanya..
RM50.00
RM37.00 Sahaja!
Segera Tingkatkan Potensi Penjualan Produk Dan Perkhidmatan Yang Anda Tawarkan Dengan Mengimplementasikan Sistem Affiliate Ke Dalam Laman Web Jualan Anda Pada Hari Ini Juga!
Jika anda ingin meningkatkan “potensi” penjualan produk anda ke satu tahap yang lebih memuaskan serta menguntungkan, maka segeralah aplikasikan sistem affiliate ke dalam laman web jualan anda bermula hari ini.
Saya yakin anda bakal memiliki “sekumpulan agen pemasaran online” yang sedang ternanti-nantikan peluang untuk memasarkan produk anda ke serata tempat sebaik sahaja anda membuka peluang ini kepada mereka!
Salam kejayaan buat anda!
Yang benar,
 |
|
 |
Mohd Suhaimy |
& |
Amirol Zolkifli |
p.s - Panduan sistem affiliate ini adalah merupakan tutorial yang paling eksklusif dan terkini berbanding dengan lain-lain panduan di pasaran!
p.p.s - Anda turut dibekalkan dengan script eksklusif sistem affiliate lite bersama - sama dengan tutorial ini untuk pemasangan ke dalam laman web jualan anda! Klik di sini untuk tempah sekarang!
Order | FAQ | Terms Of Use | Contact Us |